DELHI: Kanak-kanak berusia 15 tahun begitu tergila-gila akan mainan Player Unknown’s Battlegrounds (PUBG) sehingga dia sanggup mencuri wang pencen datuknya 2.3 lakh (RM12,920) untuk membiayai permainannya.

Dia dikatakan berjaya memindahkan wang tersebut sejak dua bulan sebelum perbuatannya terbongkar.

Datuknya hanya menyedari wang pencennya hilang selepas dia memeriksa akaun banknya dan mendapati duitnya tinggal 275 rupee (RM15) sahaja.

Wang tersebut digunakannya untuk membeli barang untuk mainan PUBGnya.

Datuknya membuat aduan kepada pihak polis atas nasihat bank. Dia menerima mesej melalui telefon bimbitnya mengatakan wang Rs2,500 didebitkan dari akaunnya dan baki hanya tinggal Rs275

Lelaki itu terus menghubungi banknya kerana mengesyaki seseorang cuba mencuri duitnya kerana dia tidak melakukan sebarang pemindahan wang malah dia juga tiada menerima sebarang kata laluan satu kali (OTP) untuk transaksi tersebut.

Kes diserahkan kepada polis siber dan hasil siasatan mendapati wang tersebut dipindahkan ke dompet mudah alih atas nama Pankaj Kumar, 23, yang kemudiannya didapati merupakan salah seorang teman rapat cucunya.

Polis siber menahan Pankaj Kumar yang juga merupakan mangsa cucu lelaki tersebut.

Menurut Pankaj, salah seorang rakannya meminta nama dompet mudah alih dan kata laluan masuk akaun Paytm.

Rakannya itu menggunakan akaun Pankaj untuk membayar Google Play bagi membeli barangan mainan PUBG.

Setelah selesai semua siasatan semua bukti menunjukkan ia hasil perbuatan cucu lelaki terbabit.

Budak lelaki itu ditahan dan selepas disoal siasat mengaku memindahkan wang pencen datuknya untuk membeli barangan mainan atas talian.

Dia juga mengaku membuang mesej OTP dalam telefon datuknya bertujuan mengelak datuknya mengetahui perbuatannya.