GERSIK: Penguat kuasa kesihatan di Gersik, Jawa Timur mendenda penduduk tempatan yang enggan mematuhi peraturan memakai pelitup muka di tempat awam agar menggali kubur mangsa yang meninggal akibat Covid-19.

Ketua Wilayah Cerme, Suyono memberitahu sehingga kini lapan orang didenda menggali kubur di tanah perkuburan Kampung Ngabetan.

Suyono memberitahu kampung tersebut hanya mempunyai tiga penggali kubur, berikutan itu dia mencadangkan agar mereka yang mengingkari arahan SOP, membantu meringankan tugas penggali kubur ini.

Mereka bagaimanapun hanya ditugaskan menggali kubur dan tidak dibenarkan ikut serta mengubur mangsa Covid-19 tersebut.

Suyono berharap hukuman ini memastikan penduduk tempatan akur dengan arahan memakai pelitup muka dalam usaha mengekang penyebaran Covid-19.