VICTORIA: Pesta seks di kota Colac, 150 kilometer dari Melbourne dikaitkan dengan mendadaknya kes positif penularan Covid-19 di Australia.

Polis Victoria mengaku mereka baharu tahu ada pesta seks sedemikian di rumah milik peribadi 29 Ogos lepas.

Jurucakap polis dalam kenyataan berkata, polis menjejaki alamat tersebut dan hanya mengetahui berlaku pelanggaran SOP Covid-19 beberapa hari kemudian yang mewujudkan kluster pesta seks.

Menurut polis, pemikik rumah terbabit dapat dikenakan denda sehingga Aus$1,652 (RM4,863) jika sabit kesalahan.

Perdana Menteri Victoria Daniel Andrews mengaku berlaku lonjakan secara tiba-tiba pada 6 September dari satu kes kepada 24 kes positif Covid-19.

Australia memiliki 27,000 kes Covid-19 dengan 869 kematian. Colac sempat mencatat hampir 100 kes Covid-19 pada awal Ogos lalu dikaitkan dengan kluster rumah sembelihan.

Australia kini berdepan gelombang ketiga penularan Covid-19.