BENGAL: Ketika dunia dibelenggu pandemik Covid-19, pihak yang terlibat dengan pengurusan prosedur SOP ini melakukan pelbagai perkara bagi memastikan orang ramai mematuhi arahan penjarakan fizikal.

Antara cara bagi memastikan penjarakan fizikal dapat dilakukan adalah dengan melukis tapak atau garisan pada lantai atau simen atau memasang pelekat di lantai.

Namun adakalanya garisan dan tapak penjarakan fizikal yang ditetapkan agak keterlaluan.

Pengguna Twitter dikatakan geli hati dengan garisan penjarakan fizikal yang dilukis pada simen stesen kereta api Bengal Barat.

Bulatan yang dilukis tampaknya terletak di kawasan yang agak keterlaluan tanpa mengira keselesaan individu yang akan berdiri di situ.

Terdapat bulatan yang dilukis di sekitar tiang, di bawah tangga atau betul-betul di sebelah sebuah gerai di stesen kereta api tersebut.