SERIAN: Menteri Pendidikan, Sains Dan Penyelidikan Teknologi, Dato’ Sri Michael Manyin Jawong mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Ketua Menteri, Datuk Patinggi Dr Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg kerana memilih bahagian Serian sebagai tempat untuk mengadakan mesyuarat bagi jawatankuasa membincangkan status pelaksanaan projek-projek kerajaan negeri Sarawak.

Ia termasuk projek pembinaan Kompleks Bahagian Serian, berjumlah RM130 juta yang dijangka siap pada bulan Mei 2021, mengikut status yang diberikan oleh Pihak Jabatan Pelaksana, berdasarkan Mesyuarat JawatanKuasa yang dipengerusikan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Dr Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg pagi tadi.

“Yang kedua, Convention Centre Serian telah mula dilaksanakan kira-kira 5%, menelan belanja kira-kira RM80 juta”

“Untuk menaiktaraf Danu Serian, sedang dilaksanakan juga, RM9.6 juta mengikut jadual”

“Pejabat Daerah Tebedu, RM6 juta akan dijangka siap Disember ini” katanya ketika berucap dalam Majlis Pemimpin bersama rakyat, bertempat di Dewan SJK Chung Hua Serian yang dirasmikan oleh Ketua Menteri pagi tadi.

Satu pelaksanaan yang juga membanggakan di bahagian Serian tambah Dato’ Sri Michael Manyin, dengan pelaksanaan bekalan grid elektrik dan bekalan air di seluruh bahagian Serian.

“Seluruh bahagian Serian telah mencapai 99.9% bekalan elektrik. Begitu juga bagi bekalan air yang sudah mencapai 90%” tambahnya.