MERADONG: Keharmonian dan perpaduan yang menjadi keunikan penduduk di rumah panjang wajar dipertahankan.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing, generasi muda khususnya perlu mempertahankan keunikan itu agar terus menjadi simbolik keharmonian rumah panjang.

Beliau berkata demikian semasa hari kedua Majlis Pemimpin Bersama Penduduk Rumah Panjang di Meradong pada Selasa.

Sementara itu, beliau turut menyeru penduduk untuk mempertahankan sokongan kepada kepimpinan kerajaan negeri dalam memastikan kelancaran kesinambungan pembangunan, terutamanya perancangan infrastruktur di rumah panjang.

Tambahnya menerusi program ini, rakyat akan lebih memahami dasar dan perancangan kerajaan dalam jangka masa pendek dan yang akan datang disamping mengeratkan hubungan antara pemimpin dan rakyat.