KUALA LUMPUR: Pengarang veteran Datuk A Kadir jasin berkata beliau akan percaya hanya apabila Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengangkat sumpah jadi Perdana Menteri dan Tan Sri Muhyiddin Yassin hilang kerusi Perdana Menteri.

Jelasnya, Presiden Umno dan Majlis Tertinggi tidak lagi membuat keputusan calon mana Ahli Parlimen Umno wajib sokong sebagai Perdana Menteri.

“Mereka buat keputusan sendiri. Kalau pada bulan Mac lalu mereka sokong Muhyiddin sampai dia dilantik jadi Perdana Menteri, sekarang mereka bebas campak dia dan ambil Anwar,” kata A Kadir melalui satu tulisannya.

Mereka sudah jadi ejen bebas (free agent) dan Umno tidak lagi ada pendirian atau peranan dalam pemilihan seorang Perdana Menteri.

Dlam kenyataannya, Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, antara lain berkata, Umno dan Barisan Nasional (BN) bukan parti komponen Perikatan Nasional (PN).

Semalam Ahmad Zahid berkata dia telah dimaklumkan bahawa ramai Ahli Parlimen Umno dan BN telah menyatakan sokongan kepada Anwar.

Anwar yang juga Ahli parlimen Port Dickson semalam berkata, beliau sudah mempunyai sokongan majoriti Ahli Parlimen dan mendakwa kerajaan pimpinan Muhyiddin telah jatuh.