UNITED KINGDOM: Doktor di United Kingdom baru-baru ini terasa mual selepas mengeluarkan tahi telinga pesakitnya yang dikatakan tidak pernah dibersihkan sejak dua dekad lalu.

Menurut Doktor Neel Raithatha atau lebih dikenali sebagai “Wax Whisperer” ia merupakan tahi telinga paling besar dan keruping paling banyak pernah dikeluarkannya dari telinga pesakit.

Doktor Raithatha diberi jolokan “Wax Whisperer” kerana kemahirannya mengeluarkan tahi dari telinga pesakitnya.

Pesakit tersebut mengunjungi klinik Raithatha Oadby, Leicestershire, mengadu mengalami sakit telinga yang teruk , vertigo dan ketidakseimbangan badan selama beberapa minggu.

Sebelum ini dia menjalani mastoidektomi radikal – yang membabitkan bahagian tengkorak di belakang telinganya dikeluarkan akibat jangkitan.

Lelaki itu bagaimanapun mengabai membersihkan lubang telinganya dengan betul selama satu dekad setengah selepas itu.

Berikutan itu, di dalam saluran pendengarannya terkumpul tahi dan keruping yang sudah kehitaman selepas tidak dicuci dua dekad.

Doktor Raithatha mengambil masa sejam mengeluarkan semua tahi telinga dan keruping tersebut.