KUCHING: Sebanyak 55 Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) seluruh Sarawak dan sembilan badan bukan kerajaan (NGO) menerima kit pencegahan Covid-19, di sini semalam.

Ia disampaikan oleh Presiden Sarawak Badan Amal Tenaga Isteri-Isteri (SABATI), Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang.

Barangan yang disampaikan ialah 30, 000 pelitup separuh muka, 7, 000 sarung tangan, 800 pembersih tangan dan 70 set pengimbas haba.

NGO yang turut menerima sumbangan ini termasuk yang menjaga rumah anak yatim, rumah orang tua, Rumah Cheshire Sarawak, Persatuan Autistik Kuching, Persatuan Orang Buta Sarawak dan Persatuan Orang Pekak Sarawak.

Terdahulu, SABATI menyalurkan bantuan peralatan klinikal dan peralatan perubatan kepada beberapa hospital di seluruh Sarawak.

 

22/9 SABATI hulurkan sumbangan kit pencegahan Covid-19KUCHING: Sebanyak 55 Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK)…

Posted by Jiwa Bakti on Tuesday, September 22, 2020