KOTA SAMARAHAN: Pertubuhan Peladang Negeri Sarawak (PPNS) bakal menerima bangunan baharu  untuk mengurus dan meneruskan sektor pertanian, di negeri ini.

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, bangunan baharu itu dibina di Kota Samarahan, kerana kawasan ini bermulanya Projek Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADP) yang menjadi pemacu usaha pengeluaran makanan di kawasan selatan, Sarawak.

“Bangunan baharu ini dibina dengan reka bentuk yang moden dan jumlah peruntukan untuk projek ini ialah RM20 juta dengan keluasan lima hektar,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pecah Tanah Pembinaan Bangunan Baharu PPNS, di sini semalam.

Turut hadir Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Menteri Muda Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail, Ahli Parlimen P. 197 Kota Samarahan, Rubiah Wang dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.16 Muara Tuang, Dato Idris Buang

Abang Johari berkata, melalui sektor pertanian ini, masa depan Sarawak pada tahun 2021 hingga 2030 adalah cerah.

“Oleh sebab itu, kerajaan memperuntukkan RM700 juta tahun ini, untuk meneruskan pelaksanaan di bawah sektor tersebut di seluruh negeri,” katanya sambil menambah, jumlah peruntukan itu sangat besar kerana sektor pertanian ini penting untuk ekonomi di Sarawak.

Abang Johari berkata, jumlah besar masyarakat di Sarawak bergantung kepada aktiviti pertanian khususnya di luar bandar.

“Oleh itu, bagi merancakkan sektor ini, kerajaan bangunkan infrastruktur iaitu bermula bangunan baharu PPNS, membina Jambatan Kota Samarahan terus ke Sebuyau. Dari Sebuyau, kita akan melaksanakan Jambatan Batang Lupar, terus ke Lingga hingga ke kawasan Mukah,” katanya

Katanya, ini merupakan kawasan yang dikenali sebagai kawasan pengeluaran makanan seperti kelapa, nanas dan sebagainya.

Justeru, katanya, kawasan ini harus memainkan peranan dengan baik untuk melaksanakan dan meneruskan aktiviti pengeluaran makanan, di negeri ini.

22/9 Pertubuhan Peladang Negeri Sarawak bakal miliki bangunan baharuKOTA SAMARAHAN: Pertubuhan Peladang Negeri Sarawak…

Posted by Jiwa Bakti on Tuesday, September 22, 2020