KOTA SAMARAHAN: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, meluluskan peruntukan RM50 juta untuk memiliki perkhidmatan rangkaian VSAT (terminal bukaan sangat kecil) untuk menyediakan sambungan internet kawasan luar bandar, di negeri ini.

Katanya, Kerajaan Sarawak membina menara telekomunikasi di luar bandar, namun tidak mempunyai piring untuk menerima atau menghantar maklumat melalui gelombang radio.

“Sementara itu, syarikat telekomunikasi seperti Celcom atau Digi tidak memasang piring kerana mereka merasakan tidak mempunyai pasaran yang cukup,” katanya ditemui pada Majlis Pecah Tanah Pembinaan Bangunan Baharu, Persatuan Peladang Negeri Sarawak (PPNS), di sini semalam.

Abang Johari berkata, rangkaian VSAT mempunyai jangkauan geografi tanpa had serta menghantar dan menerima data dengan cekap.

“VSAT mampu menyediakan perkhidmatan internet pada kelajuan 30 megabite sesaat (mbps) , termasuk boleh menyambung Wi-Fi,” katanya.

Justeru, katanya, sambungan internet ini akan berguna bagi petani yang ingin memasarkan produk mereka secara dalam talian.

22/9 Internet berkualiti luar bandar menerusi rangkaian VSAT KOTA SAMARAHAN: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari…

Posted by Jiwa Bakti on Tuesday, September 22, 2020