SERIAN: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg mengulangi pendirian GPS pada sambutan Hari Malaysia di Sibu 16 September lalu untuk kekal teguh di belakang kepimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau yang juga Pengerusi GPS turut menafikan tiada ahli parlimen dalam kalangan parti itu melompat untuk menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Abang Johari berkata demikian pada sidang media di sini hari ini apabila diminta mengulas mengenai dakwaan Anwar yang dikatakan memperoleh sokongan kukuh bagi membolehkannya mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri menggantikan Muhyiddin.

Terdahulu, Ahli Parlimen Port Dickson itu dalam satu sidang media hari ini mengumumkan beliau telah mendapat sokongan yang kukuh dan menyakinkan daripada Ahli Parlimen untuk disembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.