Dua sidang akhbar oleh dua pemimpin mengundang pelbagai spekulasi di seluruh negara terutama di ibu kota Kuala Lumpur.

Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan sidang akhbarnya untuk membuat satu pengumuman  pada jam 12 tengah hari ini.

Pengumuman itu dikatakan penting.

Menurut sumber  Anggota Parlimen Port Dickson itu, memperoleh majoriti selesa di parlimen.

Tetapi itu diragui oleh kalangan media yang menngingatkan mereka kepada langkah yang diambil oleh Anwar suatu ketika dahulu.

Manakala Perdana Menteri  Tan Muhyiddin Yassin dijadualkan menyampaikan perutusan khas pada jam 2.30 petang hari ini.

Menurut poster yang dikirimkan oleh pejabatnya, perutusan khas “Kita prihatin” itu akan disiarkan secara langsung melalui saluran TV.

Jadi, apa sebenarnya, tujuan kedua-duanya mengadakan sidang media itu. Adakah berkaitan politik atau apa?