KUCHING: Sebanyak 16 sekolah akan menerima pelbagai kategori Anugerah Sekolah Rakan Alam Sekitar (SERASI) 2018/2019 di Miri pada 6 Oktober depan.

Anugerah ini merupakan anjuran Kementerian Pembangunan Bandar dan Sumber Asli Sarawak, Shell Malaysia dan Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) Sarawak dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak dan agensi-agensi lain yang berkaitan

Anugerah sesi ke-9 tahun ini dibuka kepada semua sekolah rendah dan menengah, kerajaan atau bantuan kerajaan, termasuk sekolah agama, sekolah berasrama penuh dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di seluruh Sarawak.

Tujuan utama anugerah ini diadakan  untuk mengiktirafkan dan menghargai usaha berterusan yang telah dilaksanakan oleh sekolah dalam mendidik warganya dari segi kesedaran, pengetahuan, sikap positif dan nilai murni alam sekitar serta menjaga dan mengurus alam sekitar dan sumber asli.

Ini adalah selaras dengan matlamat untuk melahirkan golongan muda yang mempunyai pemahaman baik tentang alam sekitar dan mengamalkan budaya hidup yang mesra alam, serta mewujudkan sekolah yang kondusif sebagai pusat pengajaran dan pembelajaran.

Sebanyak enam kategori dipertandingkan bagi Anugerah SERASI 2018/2019.

Kategori-kategorinya adalah Anugerah Khas Bintang SERASI, Anugerah SERASI (Emas, Perak dan Gangsa), Anugerah Harapan, Anugerah Guru SERASI, Ikon murid SERASI dan Anugerah Projek SERASI.

Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembangunan Bandar dan Sumber Asli II, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dijangka hadir menyampaikan anugerah tersebut.

22/9 Usaha dihargai, 16 sekolah terima anugerah KUCHING: Sebanyak 16 sekolah akan menerima pelbagai kategori Anugerah…

Posted by Jiwa Bakti on Tuesday, September 22, 2020