MERADONG: Sarawak merupakan negeri yang cukup bertuah kerana bukan sahaja mempunyai kepelbagaian kaum dan agama, tetapi juga merupakan negeri yang sangat stabil politik dan ekonominya

Berucap semasa hadir di Majlis Pemimpin Bersama Penduduk Rumah Panjang semalam, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong Datuk Ding Kuong Hiing berkata keunikan yang ada di Sarawak perlu dijaga dan dipertahankan serta beliau menyeru agar hubungan seperti itu harus diteruskan hingga ke generasi yang akan datang.

“Inilah baiknya Kerajaan Sarawak memimpin negeri sendiri di bawah pucuk pimpinan Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, dan sokongan berkenaan harus diteruskan agar banyak lagi pembangunan infrastruktur disalurkan ke rumah panjang.”

Dalam pada itu, beliau sempat menerangkan dasar-dasar dan perancangan kerajaan dalam jangka masa pendek dan panjang kepada penduduk di rumah panjang.

Jaga Perpaduan Di Sarawak Untuk Generasi Akan DatangMERADONG: Sarawak merupakan negeri yang cukup bertuah kerana bukan…

Posted by Unit Komunikasi Awam Sarawak-UKAS on Monday, September 21, 2020