KUCHING: Timbalan Ketua Pemuda PBB Cawangan Satok Datuk Ibrahim Baki mengunjungi mangsa kebakaran di Kampung Segedup semalam.

Turut hadir Setiausaha Politik Ketua Menteri Abdul Samat gani. 

Juga Ketua Kaum Rashid Solek, KK Ahmad Di, Ketua Ranting  Samsudin Sapri dan ketua Wanita Razanah Mokhtar serta ahli jawatankausa Ranting PBB Satok.

Rumah milik Zamhari Lek musnah sama sekali dalam kejadian kebakaran sekitar 5.45 petang semalam.

Mangsa dan ahli keluarga sempat menyelamatkan diri.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.