PADAWAN: Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Mambong bakal menjadi pengeluar terbesar kopi di negeri ini.

Menteri Muda Pengangkutan Sarawak merangkap ADUN Mambong, Datuk Dr.Jerip Susil berkata, beliau menyasarkan kawasan Mambong sebagai pengeluar produk berasaskan kopi terbesar di Sarawak dengan projek tanaman kopi bermutu tinggi seperti Liberica, Arabica dan Robustar.

Ini kerana jelas beliau, banyak lagi tanah yang luas dan masih terbiar yang boleh dimajukan di kawasan tersebut.

“Tanaman kopi secara bersepadu harus  dilaksanakan bagi mengurangkan kebergantungan kepada sumber kopi dari luar negara.

“Selama ini Sarawak telah mengimport lebih 10 ribu tan kopi sebulan dari Kalimantan, Indonesia setiap tahun,” katanya semasa Agriculture Community Outreach Programme (AgriCOP) di sini Ahad.

Beliau menambah, bengkel AgriCOP kali ini juga memberi penekanan kepada produk berasaskan kopi yang dilihat mempunyai nilai komersial dan permintaan tinggi  dalam  pasaran tempatan.

Selain itu, turut disampaikan dana RM20,000 masing-masing kepada Ladies Guild St. Augustine kampung Danu dan Biro Wanita kampung Emperoh Gerung.

Seterusnya RM10,000 masing-masing kepada PBBP dan Persatuan Belia kampung Sitang serta RM4,000 kepada JKKK Kampung Bra’ang Payang.

DUN Mambong Bakal Jadi Pengeluar Kopi Terbesar SarawakPADAWAN: Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Mambong bakal…

Posted by Unit Komunikasi Awam Sarawak-UKAS on Sunday, September 20, 2020