KUCHING: Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB) telah menyerahkan ‘Personel Protection Equipment’ (PPE) kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam membantu usaha Kerajaan Sarawak mengekang penularan wabak Covid-19.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak, Dato’ Sri Dr Sim Kui Hian telah mewakili JPBN Sarawak dengan menerima sumbangan PPE sebanyak 12,500 set daripada BPMB dalam satu majlis ringkas di Bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) lama pada Isnin.

Dalam pada itu, Yayasan Ikhlas dalam kenyataan medianya itu telah memaklumkan pihaknya telah membantu 5,000 buah keluarga asnaf yang memerlukan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara Malaysia dan menyalurkan sebanyak RM1.74 juta hasil sumbangan orang ramai kepada mereka yang memerlukan.
Turut hadir Penolong Pengarah Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Negeri Sarawak, Tuan Daud Jailani; serta Penaja dari Ketua Pengurusan Kumpulan Syariah PBMB, Ustaz Mohamad Salihin Deris.