KUALA LUMPUR: Kerajaan sentiasa berusaha memastikan harga ubat di negara ini tidak membebankan rakyat.

Timbalan Menteri Kesihatan II, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, mekanisme harga yang dicadangkan sesuai dilaksanakan di Malaysia dalam meringankan beban rakyat adalah penetapan harga siling pada dua peringkat iaitu harga borong dan harga runcit.

Menurutnya, penetapan harga borong siling dibuat berdasarkan perbandingan Harga Rujukan Eksternal (ERP).

“Ia adalah perbandingan harga dengan negara-negara Komanwel, negara serantau dan negara yang mempunyai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang hampir sama digunakan sebagai tanda aras dan rundingan.

“Ini bagi memastikan harga ubat di Malaysia adalah setaraf dengan negara-negara berpendapatan menengah atas yang lain dan tidak melebihi harga ubat di negara-negara berpendapatan tinggi,” katanya.

Datuk Aaron berkata demikian semasa menjawab pertanyaan lisan Senator Liew Chin Tong dalam Persidangan Dewan Negara, semalam.

Beliau menambah, seterusnya, penetapan harga runcit siling akan ditentukan berdasarkan aras tokokan secara regresif mengikut harga borong siling. 

Malah jelas beliau, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah bekerjasama sejak 2018 melibatkan pemberian kuasa kepada KKM untuk melaksanakan kawalan harga ubat di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 [Akta 723]. 

Kerajaan Sentiasa Pastikan Harga Ubat Tidak Bebankan RakyatKUALA LUMPUR: Kerajaan sentiasa berusaha memastikan harga…

Posted by Unit Komunikasi Awam Sarawak-UKAS on Monday, September 21, 2020