SADONG JAYA: Program Jelajah Integriti Siri 3/2020 yang berlangsung di Dewan Masyarakat Kampung Senangeh hari ini begitu mendapat sambutan Masyarakat Daerah Kecil Sadong Jaya.

Menteri di Jabatan Ketua Menteri (Integriti & Ombudsman), Datuk Haji Talib Zulpilip yang hadir menyempurnakan perasmian program tahunan Unit Integriti dan Ombudsman Negeri (UNION) itu, turut berkongsi beberapa pembentangan menerusi ucapan beliau, dalam usaha membudayakan integriti hingga ke akar umbi.

Program sedemikian merupakan platform bagi mempromosikan fungsi Ombudsman sebagai wadah pengaduan awam terutamanya berkaitan dengan Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak.

Selain itu, ia juga bertujuan untuk mewujudkan kesedaran mengenai amalan rasuah dan salah laku penjawat awam yang tidak beretika.

Turut hadir bagi menyempurnakan majlis itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simunjan, Awla Dris serta wakil Pengarah UNION Jabatan Ketua Menteri Sarawak, Paul M. Ningkan.

Program Jelajah Integriti Siri 3 Bersama Masyarakat Daerah Kecil Sadong JayaSADONG JAYA : Program Jelajah Integriti…

Posted by Unit Komunikasi Awam Sarawak-UKAS on Tuesday, September 22, 2020