KUCHING: Seramai 654 perwakilan dari 14 cawangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) akan menghadiri Konvensyen Khas Parti PBB Zon Betong di Dewan Sukan Tan Sri Kalong Ningkan, di sini pada 26 September ini.

Ia terdiri daripada N.27 Sebuyau, N.28 Lingga, N.29 Beting Maro, N.35 Saribas, N.36 Layar, N.37 Bukit Saban, N.38 Kalaka dan N.40 Kabong.

Seperti sebelum ini, konvensyen khas akan dirasmikan Ketua Menteri merangkap Yang DiPertua Parti, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg pada jam 10.30 pagi.

Konvensyen itu dimuatkan dengan pembentangan beberapa tajuk menarik antaranya ialah Perkongsian Strategik: Pembangunan Infrastruktur oleh Menteri Muda Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan, Datuk Julaihi Narawi mulai jam 8.30 pagi, ini diikuti Projek Utiliti – Bekalan Elektrik dan Bekalan Air Bersih di luar bandar oleh Menteri Utiliti, Datuk Seri Dr Stephen Rundi.

Selepas itu, penerimaan usul yang diutarakan Naib Yang DiPertua Parti PBB, Datuk Julaihi Narawi.

Selepas perasmian, pembentangan Perkongsian Strategik diteruskan yang bertajuk Pembangunan Usahawan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar diikuti Pentadbiran Tanah di Sarawak: Memastikan Hak Rakyat Ke Atas Tanah Terpelihara oleh Timbalan Pengarah Jabatan Tanah dan Survei (JTS), Awang Zamhari Awang Mahmood dan Taklimat Pilihan Raya Untuk Petugas-Petugas Pilihan Raya Parti PBB Sarawak Zon Betong.

Peranan dan Tanggungjawab Ejen-Ejen Parti dalam Pilihan Raya oleh Datu Takun Sunggah dan Undang-Undang dan Peraturan Pilihan Raya – Perjalanannya oleh Dato Awang Bemee Awang Ali Basah.

Lafaz ikrar ahli-ahli parti diketuai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.36 Layar yang juga Ketua Pergerakan Pemuda, Gerald Jabu dibacakan selepas perasmian konvensyen.

Lagu March PBB dan GPS Utamakan Sarawak bakal bergema di dewan itu nanti.

Timbalan Ketua Menteri merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Konvensyen Parti PBB dan Pengerusi Jawatankuasa Khas Parti PBB Zon Betong, Datuk Amar Douglas Uggah turut berucap.

20/9 654 perwakilan bakal hadiri Konvensyen Khas Parti PBB Zon Betong KUCHING: Seramai 654 perwakilan dari 14 cawangan…

Posted by Jiwa Bakti on Saturday, September 19, 2020