KUCHING: Pertandingan membuat Kuih Bulan yang sinonim dengan masyarakat Cina telah mendapat sambutan daripada pelbagai kaum di Sarawak.

Menteri Muda Utiliti (Bekalan Air) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi, menyifatkan pertandingan seperti itu mampu untuk memupuk dan mempertahankan perpaduan masyarakat yang sedia terjalin.

Katanya, Kerajaan Sarawak sentiasa menyokong aktiviti yang memupuk perpaduan masyarakat di Sarawak.

Tambah beliau lagi, Sarawak terkenal sebagai negeri yang mempunyai nilai perpaduan yang tinggi.

“Perpaduan masyarakat akan mudah tergugat jika tiada lagi sikap saling hormat-menghormati antara kita. Jadi kita perlu bijak merangka program yang boleh mengukuh perpaduan masyarakat,” katanya ketika berucap di Pertandingan Membuat Kuih Bulan Bersalji Kreatif Bersempena Sambutan Festival Pertengahan Musim Luruh 2020, Ahad.

Pertandingan tersebut dianjurkan oleh Persatuan Tukang Masak How Yu Kuching dan turut menampilkan beberapa tukang masak ternama Sarawak termasuk Master Chef Goh Ah Seng.

Sumber :

Pelbagai Kaum Sertai Pertandingan Membuat Kuih Bulan