KUCHING: Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Sarjan Dato Awang Raweng, di Dewan Suarah, di sini pagi ini.

Kehadiran beliau diiringi Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Jaul Samion serta kenamaan lain.

Hadir sama, Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri Kebajikan, Kesejahteraaan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak, Datuk Seri Fatimah Abdullah, Kapten Kumpulan Penasihat Pertahanan Suruhanjaya Tinggi British, Simon Hindmarsh bersama-sama rombongan, bagi mewakili Ratu Elizabeth II dan Kerajaan British.

Jasad mendiang disemadikan, di Makam Pahlawan sekitar jam 11.30 pagi dan upacara pengebumian, mendiang diberi penghormatan pahlawan oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Sementara itu, Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas mewakili Kerajaan Sarawak menyerahkan bendera Jalur Gemilang kepada Panggau Awang dan diikuti penyerahan bendera ATM oleh Panglima Medan Timur Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Mohd Zakari Yadi kepada Doris Awang. 

Ahli keluarga serta hadirin kenamaan yang lain turut memberikan penghormatan terakhir serta meletakkan bunga pada pusara mendiang.

21/9 Penghormatan terakhir untuk Bujang BeraniKUCHING: Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg memberi…

Posted by Jiwa Bakti on Sunday, September 20, 2020