MIRI: Jika sebelum ini, masyarakat di Bandaraya Miri kecoh dengan penemuan beberapa buah telaga lama operasi penggalian minyak yang mengeluarkan buih serta bau yang dikatakan menyerupai bahan bakar di Bukit Kanada, kini warga Miri dikejutkan pula dengan tular di media sosial mengenai penemuan terowong tempat perlindungan dari serangan udara (air-raid shelter) di kaki Bukit Kanada Miri.

Menyedari berita itu, Menteri Muda Pelancongan Kesenian dan Kebudayaan Sarawak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Piasau Datuk Sebastian Ting Chiew Yew bersama Kelab Larian Miri HHH, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) dan pihak Muzium Petroleum Miri telah mengadakan tinjauan ke lokasi Bukit Kanada Miri bagi melihat sendiri ‘Air-Raid Shelter’ itu.

Tempat perlindungan yang seperti sebuah terowong itu mempunyai ketinggian kira-kira 6 kaki dan mampu menampung 10 hingga 13 orang.

Hadir sama Pemangku Residen Bahagian Miri Abdul Aziz bin Haji Mohd Yusuf. 

Selepas Penemuan Telaga Lama Minyak, Lagi Penemuan Terowong ‘Air-Raid Shelter’ Di Kaki Bukit Kanada MiriMIRI: Jika…

Posted by Unit Komunikasi Awam Sarawak-UKAS on Sunday, September 20, 2020