LAWAS: Kawasan Lawas berpotensi untuk dijadikan kawasan tarikan terbaru pelancongan di Sarawak dengan kecantikan landskap alam semula jadi, warnanya yang menghijau dan keunikan budaya etnik masyarakat Lun Bawang/kaum Tagal.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia Dato’ Sri Nancy Shukri berkata, justeru kementeriannya berhasrat untuk mempromosikan kawasan dan budaya unik yang ada di Lawas ini sebagai destinasi pelancongan menarik untuk dilawati di dalam negara.

“Dari pantainya hingga ke sungai sampailah tanah tingginya, aset dan semula jadi Lawas sungguh mempersonakan.

“Ini seperti Penawan Waterfall Eco Park, Merarap Hotspring, Long Lidung Tagang dan Menangang Palace yang menjadi destinasi yang mesti dilawati dalam usaha menyamarakkan pelancongan domestik,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap dalam Majlis Penyampaian Hadiah Trusan Rafting 2020 yang diadakan di Pusat Kebudayaan Lun Bawang, Sarawak, Kampung Long Tuan pada Sabtu.

Daerah Lawas juga telah tercatat dalam 10 kawasan terbaik untuk melihat pelbagai jenis spesis burung di dunia yang dikenali sebagai Paya Maga.

Dato’ Sri Nancy juga akan membantu Lawas merancakkan lagi aktiviti dan program eco pelancongan seperti yang diusahakan Kerajaan Sarawak.

“Sebelum ini Kerajaan Sarawak telah menjadikan Lawas dan Limbang sebagai pengeluar tenakkan kerbau utama.

“MOTAC berusaha menyahut inisiatif ini apabila melihat ianya seiring dengan potensi untuk dibangunkan di bawah pelan ecopelancongan kebangsaan NPB 2016-2025.

“Justeru, MOTAC berhasrat merancakkan lagi aktiviti di Lawas ini terutamanya Pesta Irau Aco Lun Bawang yang menjadi ‘signature event”’ setiap tahun,” ujarnya.

Sementara itu, Timbalan Menteri II, Pembangunan Luar Bandar merangkap Ahli Parlimen Lawas Dato Henry Sum Agong meminta penduduk untuk tidak mengulangi kesilapan dalam pilihan raya sebelumnya apabila memilih wakil rakyat yang salah.

“Selepas pengambilalihan Kerajaan Persekutuan pada Pilihan Raya Umum Ke14 (PRU14), banyak projek yang telah diluluskan telah dibatal dan projek yang sedang dilaksanakan diberhentikan.

“Penduduk kawasan perlu sedar dan belajar dari kesilapan dan ianya sepatutnya tidak perlu diulangi lagi pada pilihan raya akan datang.

“Masyarakat perlu menilai kerajaan yang mana membawa pembangunan dan yang memberi manafaat kepada rakyat negeri dan negara pada hari ini,” katanya.

Hadir sama pegawai dan kakitangan MOTAC ibu pejabat, Pengarah MOTAC Negeri Sarawak Suria Charles Buas, Pegawai Daerah Lawas Laidin bin Atok, Ketua-ketua Jabatan dan Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK).

MOTAC Berhasrat Mempromosikan Daerah Lawas Sebagai Destinasi Pelancongan Menarik Di Negara Ini LAWAS: Kawasan Lawas…

Posted by Unit Komunikasi Awam Sarawak-UKAS on Sunday, September 20, 2020