MATU: Majlis Perasmian Program Kepolisan Komuniti Daerah Matu Siri 1, bagi kawasan Daerah Kecil Igan yang berlangsung pada Ahad bertujuan membina kapasiti komuniti untuk mengurangkan risiko bencana dan ancaman dengan mendidik komuniti agar mampu melaksanakan langkah kesiapsiagaan yang meliputi usaha-usaha pencegahan, mampu menyelamatkan diri dan orang lain ketika berlakunya bencana sebelum ketibaan pihak berkuasa.

Dalam program tersebut, Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) memainkan peranan penting dalam memantau kemajuan dan keharmonian kawasan, serta disaran melaporkan segala maklumat, masalah mahupun kecurigaan kepada Pejabat Daerah.

Selain itu, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) juga berperanan mengawalselia kawasan dan setiap biro yang ditubuhkan, agar bijak menguruskan biro masing-masing dengan kerjasama Ahli Jawatankuasa (AJK).

Agensi-agensi yang terlibat adalah Pejabat Daerah Matu, PDRM, Bomba, Vaterinar Mukah, AADK, Jabatan Kesihatan Matu, Jabatan Perpaduan Negara & Intergrasi Nasional.

Turut hadir, Residen Bahagian Mukah, Hamdiah Haji Bakir; Penolong Pegawai Daerah Matu, Zaraina Sahari; Pemanca Daerah Matu, Rais Lalong serta Penghulu Kg Igan, Rahmah Ras.

Program Kepolisan Komuniti Daerah Matu, Kefahaman Mengenai Bencana Lebih JelasMATU : Majlis Perasmian Program…

Posted by Unit Komunikasi Awam Sarawak-UKAS on Sunday, September 20, 2020