MIRI: Kerajaan Sarawak sentiasa peka dan prihatin kepada masyarakat khususnya dalam tempoh sukar semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menteri Pengangkutan Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin Datuk Lee Kim Shin pada waktu itu, Kerajaan Sarawak di bawah Gabungan Parti Sarawak (GPS) telah mengambil inisiatif dengan memperkenalkan Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKKS) bagi membantu setiap lapisan masyarakat di negeri ini.

“Seperti mana kita sedia maklum bahawa Kerajaan Sarawak ada memberi bantuan kebajikan setiap bulan.

“Begitu juga di bawah COVID-19, di mana Kerajaan Sarawak ada memberi Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) dan sebagainya kepada setiap lapisan masyarakat.

“Ini semua datangnya daripada Kerajaan Sarawak yang diterajui GPS,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Program Ziarah UKAS di Dewan SUPP Senadin Miri pada Ahad.

Dalam pada itu, Datuk Lee yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin menjelaskan Kerajaan GPS akan terus mempertahankan hak dan kepentingan Sarawak.

“Kerajaan GPS yang terdiri dari PBB, SUPP, PRS dan PDP akan terus mempertahan dan mendapatkan hak Sarawak mengikut Perlembagaan Persekutuan, Perjanjian Malaysia 1963.

“Di peringkat Persekutuan, GPS bergabung dengan Perikatan Nasional (PN) bagi memastikan kelangsungan dan kestabilan politik sekaligus bersama membentuk Kerajaan Persekutuan,” jelasnya. 

Kerajaan GPS Akan Terus Mempertahan Dan Mendapatkan Hak SarawakMIRI: Kerajaan Sarawak sentiasa peka dan prihatin…

Posted by Unit Komunikasi Awam Sarawak-UKAS on Sunday, September 20, 2020