KUCHING: Kerja-kerja membaik pulih Flyover CityONE dan Flyover Simpang Tiga telah bermula pada 1 September 2020 dan dijangka selesai pada 30 September 2020.

Sehubungan itu, Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Kuching dalam satu kenyataan memohon para pengguna jalan raya agar sentiasa berhati-hati semasa memandu di lokasi berkenaan sepanjang tempoh penyelenggaraan.

Oleh yang demikian, pengguna digalakkan untuk mengguna laluan-laluan alternatif yang sedia ada sehingga tamatnya kerja-kerja membaik pulih, disamping mematuhi segala pengurusan trafik untuk keselamatan, terutama melibatkan satu lorong jalan ditutup sepenuhnya.

Peta tapak yang berkaitan disertakan untuk rujukan para pengguna jalan raya.