BAU: Satu program gotong royong telah diadakan di Kampung Opar sempena Hari Malaysia, baru-baru ini.

Pengerusi SUPP Opar, Niponi Undek berkata, program seumpamanya juga bagi menerangkan kepentingan untuk penduduk kampung menjaga kebersihan kampung melalui aktiviti seperti gotong-royong.

Jelasnya, sikap bersatu-padu yang diterapkan melalui aktiviti itu juga merupakan nadi utama kepada perpaduan yang membawa rakyat.

Aktiviti gotong-royong tersebut diadakan dengan kerjasama SUPP Opar dan JKKK Kampung Opar.

Antara kawasan yang dibersihkan semasa aktiviti berkenaan adalah kawasan balai raya dan tanah perkuburan di Kampung Opar.

Gotong Royong Di Kampung Opar Sempena Hari MalaysiaBAU: Satu program gotong royong telah diadakan di Kampung Opar…

Posted by Unit Komunikasi Awam Sarawak-UKAS on Friday, September 18, 2020