JULAU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meluan, Rolland Duat Jubin menyeru penduduk setempat supaya terus menyokong Kerajaan GPS untuk kesinambungan pembangunan yang telah dirancang demi kesejahteraan rakyat di kawasan tersebut.

Jelasnya, sebagai anak tempatan, beliau sedar dan prihatin tentang keperluan rakyat dan sedaya upaya meneruskan usaha untuk membawa pembangunan infrastruktur ke kawasan Meluan untuk meningkatkan sosio ekonomi mereka.

Beliau berkata demikian semasa menyaksikan Penyerahan Tapak Naik taraf Jalan Rumah Achi Lasi Julau oleh pihak JKR Sarikei kepada wakil Syarikat Edwin Yap semalam.

Projek tersebut akan dilaksanakan dengan peruntukan RM200,000 di bawah Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) Kerajaan Sarawak.

Terdahulu, Rolland hadir di majlis penyerahan insentif pendidikan kepada 29 pelajar dari kawasan DUN Meluan yang berjaya melanjutkan penganjian di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) pada Tahun 2020. 

ADUN Meluan fokus bawa pembangunan infrastruktur, tingkat sosio ekonomi pendudukJULAU: Ahli Dewan Undangan Negeri…

Posted by Unit Komunikasi Awam Sarawak-UKAS on Friday, September 18, 2020