SIBU: Penubuhan Unit Khas Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina Sarawak jelas menunjukan komitmen tinggi Kerajaan Sarawak terhadap pendidikan.

Menteri Muda Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi, Dr Annuar Rapaee berkata, unit khas tersebut diketuai Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Dr Sim Kui Hian untuk mengurus bantuan kewangan yang diperuntukkan oleh kerajaan untuk sekolah rendah Cina di Sarawak.

Di Sarawak seramai 60,000 murid-murid di SJK (C), daripada jumlah itu 20,000 adalah murid Bumiputera.

“Kita menyedari bahawa sekolah Cina memainkan peranan penting dalam pendidikan di Sarawak, sebab itu walaupun nama sekolah Cina tetapi untuk anak-anak negeri Sarawak secara keseluruhan.

“Kita mempunyai peranan penting untuk memastikan sekolah-sekolah ini mendapat peruntukan secukupnya,” katanya pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun (APC) 2019 Peringkat Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Sibu di sini, Jumaat.

Dr Annuar yang juga Menteri Muda Perumahan dan Kesihatan Awam, tidak mahu soal pendidikan dicampur aduk dengan politik.

“Kita ingin memastikan bahawa pendidikan tidak dicampuradukkan dengan politik walaupun kita mempunyai idealogi politik yang berbeza,” jelasnya.

Seramai 372 penerima APC 2019 pada majlis tersebut.

18/9 Perkasakan pendidikan walaupun ideologi politik berbezaSIBU: Penubuhan Unit Khas Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK)…

Posted by Jiwa Bakti on Friday, September 18, 2020