LJUBLJANA: Mahkamah Slovenia menjatuhkan hukuman dua tahun penjara terhadap wanita berusia 22 tahun kerana memotong tangannya sendiri dengan sengaja menggunakan gergaji untuk membuat tuntutan insurans.

Julija Adlesic bersalah kerana cuba menipu syarikat insurans setelah memotong pergelangan tangan kirinya di rumah mereka di Ibu Kota Slovenia pada awal 2019.

Teman lelaki Adlesic dijatuhi hukuman tiga tahun penjara, sementara ayahnya menerima hukuman setahun penjara.

Setahun sebelum itu Adlesic menandatangani lima insuran berbeza dengan syarikat berlainan.

Adlesic mengumpulkan lebih 1 juta euro hasil tuntutan insurans. Separuhnya dibayar segera dan bakinya dengan dibayar secara ansuran.

Ketika kejadian Adlesic dikejarkan ke hospital dan mendakwa dia cedera semasa menggergaji ranting.

Pihak polis menjumpai potongan tangan tersebut dan hospital cuba menyambungnya kembali.

Pendakwa raya berkata, pasangan Adlesic mencari maklumat di internet berkaitan tangan palsu dan dijadikan bukti tragedi tersebut disengajakan.

“Tidak ada yang mahu jadi lumpuh,” kata Adlesic di mahkamah. “Masa muda saya hancur. Saya kehilangan tangan saya pada usia 20 tahun. Hanya saya yang tahu bagaimana itu terjadi,” ujarnya.

Perbicaraan itu menarik perhatian khalayak di Alpine.