NEGARA kaya mewakili 13 peratus daripada populasi dunia dilaporkan memborong lebih separuh daripada calon vaksin Covid-19.

Menurut Oxfam berdasarkan data dikumpul syarikat penganalisis Airfi nity, negara kaya cuba membolot lima calon vaksin yang kini masih diuji; AstraZeneca, Gamaleya/ Sputnik, Moderna, Pfi zer dan Sinovac.

Antara negara negara yang membeli vaksin tersebut ialah AS, Britain, Kesatuan Eropah, Australia, Hong Kong, Macau, Jepun, Swiss dan Israel. Negara membangun yang tururt membeli vaksin berkenaan ialah India, Bangladesh, China, Brazil, Indonesia dan Mexico.

Robert Silverman dari Oxfam America seperti dilapor AFP pada Khamis berkata, “akses vaksin sepatutnya tidak bergantung dengan di mana anda tinggal atau berapa banyak wang anda miliki.”

Menurut beliau, kesemua vaksin mencapai 5.9 bilion dos cukup 3 bilion penduduk dunia sepatutnya tersedia untuk semua orang.

Bahkan, Oxfam dan organisasi lain menyeru agar vaksin dapat diagihkan secara adil dan percuma untuk semua orang.