BAU: Pembayaran cukai jualan negeri (SST) berjumlah RM 2.95 bilion oleh Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) terhadap produk minyak dan gas kepada Sarawak, menunjukkan Kerajaan Persekutuan mengiktirafkan hak Sarawak.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, walaupun banyak halangan yang dihadapi oleh PETRONAS, mereka tetap membayar cukai berkenaan bagi tahun 2019.

“Walaupun banyak halangan yang dihadapi, tuntutan SST sentiasa diteruskan yang akhirnya mencapai persetujuan untuk pembayaran cukai berkenaan melalui kerjasama Kerajaan Persekutuan dan PETRONAS,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa ditemui pemberita selepas Majlis Penyerahan Surat Hak Milik Tanah Seksyen 18 Kanun Tanah Negeri Sarawak, di sini hari ini.

Awang Tengah berkata, terdapat kenyataan negatif oleh pihak tertentu semasa Sarawak menerima bayaran SST tersebut, beberapa hari yang lalu.

“Namun, pembayaran ini jelas membuktikan Kerajaan Persekutuan menghormati dan mengakui hak-hak Sarawak yang ada dalam perlembangaan,” katanya lagi.

19/9 Pembayaran SST bukti Kerajaan Persekutuan iktiraf hak SarawakBAU: Pembayaran cukai jualan negeri (SST) berjumlah…

Posted by Jiwa Bakti on Saturday, September 19, 2020