WASHINGTON: Menteri Pertahanan AS Mark Esper mengatakan Angkatan Laut China tidak mampu menandingi kekuatan Angkatan Laut AS.

Ketika ini AS memiliki 293 kapal perang berbanding China 350.

Esper mengumumkan pelan memperluas Angkatan Laut AS dengan pelbagai kapal, kapal selam dan pesawat tanpa pemandu menghadapi ancaman maritim China.

Beliau kemudian mengulangi kenyataan China ancaman tertinggi kepada keselamatan AS dan wilayah Indo-Pasifik.

Laporan projek “China Power” dari Center for Strategic and International Studies (CSIS) menyebut Beijing bercita-cita memiliki 425 kapal perang pada 2030.

Bagaimanapun, Esper mengatakan Angkatan Laut AS masih menjadi yang teratas di dunia.

Setakat ini Beijing turut melabur besar-besaran memiliki peluru berpandu antikapal jarak jauh.

Beijing mendakwa senjata AS tidak dapat menandingi senjata China meliputi peluru berpandu jelajah, peluru berpandu balistik darat dan udara serta senjata hipersonik.