KAPIT: Sejumlah RM212,000 telah disalur kepada sebuah sekolah dan tiga buah rumah panjang di DUN Baleh sebagai bantuan kepada penduduk yang terjejas akibat banjir.

Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Dr. James Jemut Masing, dan Ahli Parlimen Hulu Rajang, Datuk Wilson Ugak Kumbong, masing-masing menyumbang RM38,500 kepada tiga buah rumah panjang yang terjejas.

Sumbangan-sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Datuk Wilson ketika tinjauan ke kawasan yang terkesan teruk di Parlimen Hulu Rajang pada 15 September lalu.

Dalam lawatan tersebut, sumbangan telah disampaikan kepada Rumah John Katil, Karangan Ara Baleh (29 pintu) berjumlah RM29,000, Rumah Lembang, Nanga Sedugau, Sungai Gaat (13 pintu) berjumlah RM13,000 dan Rumah Panyau, Nanga Kemali (35 pintu) sebanyak RM35,000.

Dalam pada itu, Datuk Wilson memberitahu, beliau turut menyumbang RM50,000 di bawah Penambahbaikan Rumah Miskin Sarawak (PPRMS) masing-masing kepada Rumah John Katil dan Rumah Panyau bagi membaikpulih keadaan rumah yang rosak teruk dan perlu dibaiki segera.

Selain itu, bagi Sk Sungai Kain yang turut mengalami kerosakan pada bilik darjah, kuarters guru dan dewan makan turut menerima sumbangan sebanyak RM5,000 bagi kegunaan gotong-royong serta RM10,000 pula disumbang kepada PIBG.

Datuk Wilson turut menyatakan bahawa kejadian banjir di kawasan itu paling teruk dalam sejarah susulan hujan lebat yang berterusan serta air pasang dan paras air di Lepong Gaat dan Sedugau naik pada masa yang sama. 

SK Sungai Kain Dan Tiga Rumah Panjang Di DUN Baleh Dapat Bantuan Daripada Tan Sri James Masing & Datuk WilsonKAPIT:…

Posted by Unit Komunikasi Awam Sarawak-UKAS on Thursday, September 17, 2020