JULAU: Sebanyak RM1 juta diperuntukan untuk projek penanaman Durian Musang King di kawasan DUN Meluan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meluan Rolland Duat Jubin berkata, beliau amat berharap penduduk yang terlibat dapat memastikan projek tersebut berjaya seperti yang dihasratkan oleh kerajaan.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Agriculture Community Outreach Programme (AgriCOP) di Dewan Masyarakat Julau, Julau pada Khamis.

Mengenai program AgriCOP, beliau berkata, peruntukan telah ada bagi menganjurkan sembilan program tersebut dan sehingga kini Jabatan Pertanian Sarikei yang telah berjaya menganjurkan program tersebut sebanyak tiga kali.

Melalui AgriCOP peserta telah diberi pendedahan secara langsung mengenai teknologi pertanian yang terkini.

Dalam masa yang sama ianya meningkatkan pengetahuan, kesedaran dan kemahiran pelbagai golongan sasar dalam sektor industri pertanian. 

RM1 Juta Untuk Projek Durian Musang King Di DUN Meluan-ADUN MeluanJULAU: Sebanyak RM1 juta diperuntukan untuk projek…

Posted by Unit Komunikasi Awam Sarawak-UKAS on Thursday, September 17, 2020