LIMBANG: Tindakan pembangkang yang menuduh penganjuran Program AgriCOP di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Danau bersifat kepentingan politik hanyalah propaganda pembangkang.

Pengerusi SABERKAS Cawangan Batu Danau Paulus Palu AK Gumbang berkata, tuduhan pembangkang ini tidak berasas malah ada di kalangan penyokong pembangkang juga turut serta dan mendapat manfaat daripada Program AgriCOP ini dalam memperkasakan warga tani di DUN Batu Danau dan seluruh bahagian di Sarawak.

“Saya berharap mereka berhentilah menuduh staf-staf jabatan kerajaan atas tuduhan-tuduhan yang tidak berasas ini.

“Kalau hendak berpolitik itu, berpolitiklah tetapi janganlah menuduh sembarangan tanpa asas.

“Ini kerana ia akan membawa perkara-perkara yang tidak baik kerana staf yang menjalankan tugas akan berasa kecewa,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Makan Tengahari Sempena Sambutan Hari Malaysia 2020 anjuran SABERKAS Cawangan Batu Danau 2020 di Hotel Purnama Limbang pada Khamis.

Sementara itu, Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia merangkap Ahli Parlimen Limbang Hasbi bin Habibollah meminta masyarakat tidak mudah tertipu dengan janji dan dakwaan yang tidak berasas kononnya tiada pembangunan dan perubahan di Parlimen Limbang.

Tegasnya, calon pembangkang yang diumumkan untuk bertanding di DUN Batu Danau itu merupakan seorang kontraktor tempatan dan memperoleh banyak projek dari kerajaan dalam melaksanakan projek pembangunan di Daerah Limbang.

“Di mana kamu boleh kaya begitu? Di mana kamu beroleh kesenanganmu? Dari mana? Datang sendirikah?

“Kalau bukan diperintah oleh Kerajaan Sarawak, negeri yang aman makmur, bebas memilih, mendapat projek dan segala-galanya.

“Ada orang melarang? Tidak! Bebas memilih. Ikut program, walau terang-terang membangkang,” tegasnya.

Pada majlis itu, beliau telah menyerahkan geran berjumlah RM100,000 dari Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) kepada 12 buah gereja di Parlimen Limbang.

Hadir sama Residen Bahagian Limbang Ir. Ahmad Denney bin Ahmad Fauzi, Pegawai Daerah Limbang Superi bin Awang Said, Walikota Majlis Daerah Limbang Kaunselor Sufian bin Mohat, Ketua-ketua Jabatan, Pengerusi-pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Ketua Masyarakat 

Petronas Bayar SST Berjumlah RM2.95 Bilion Kepada Kerajaan Sarawak KUCHING: Syarikat Petroliam Nasional Berhad…

Posted by Unit Komunikasi Awam Sarawak-UKAS on Thursday, September 17, 2020