UNITED KINGDOIM: Pasangan pengantin Romanee dan Sam Rondeau-Smith dari Bramley, Guildford merancang mengadakan majlis perkahwinan meriah pada Julai lalu.

Mereka menjemput semua rakan mereka meraikannya.

Namun pandemik Covid-19 meleburkan semua rancangan mereka.

Mereka terpaksa menunda tarikhnya pada Ogos, tetapi UK berada dalam arahan PKP pula.

Biarpun majlis perkahwinan masih boleh diadakan, tetapi hanya 30 tetamu boleh dijemput.

Ekoran itu Romanee dan Sam membuat keputusan meneruskan majlis perkahwinan dan menggantikan rakan mereka dengan imej kadbod.

Mereka sanggup mengeluarkan 2,000 paun (RM10,638) menghasilkan kadbod wajah rakan-rakan supaya mereka semua boleh “menghadiri” majlis perkahwinan tersebut.

Kadbod itu juga membolehkan mereka mempunyai 50 tetamu tanpa melanggar peraturan PKP.