DELHI: Seekor buaya berjaya melepaskan diri dari pusat hidupan liar di Uttar Pradesh.

Penduduk kampung mengambil kesempatan lalu menculik buaya berkenaan.

Biarpun ia cuba menyembunyikan diri di dalam kolam, namun penduduk berjaya mengesan lalu menangkapnya.

Penduduk kampung kemudian menuntut wang tebusan pula dari pihak atasan berjumlah Rs50,000 lakh (RM2,800).

Pegawai Perhilitan mengambil masa berjam-jam meyakinkan penduduk di situ bahawa menahan seekor buaya merupakan kesalahan dari segi undang-undang.

Pegawai berkenaan terpaksa meminta bantuan polis serta tentera untuk menguruskan pelepasan buaya terbabit.

Penduduk kampung dikatakan tidak tahu buaya merupakan haiwan terlindung di bawah Akta Perlindungan Hidupan Liar India.

Penduduk kampung hanya melepaskan buaya itu selepas diberitahu mereka berisiko melanggar undang-undang dan boleh dijatuhkan penjara sehingga tujuh tahun kerana tindakan itu.

Buaya itu dibebaskan di Sungai Ghagra pada hari yang sama.