DARO: Pemimpin di peringkat kampung memainkan peranan yang penting dalam menyampaikan dasar kerajaan ke peringkat akar umbi.

Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Korporat) dan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), Abdullah Saidol berkata peranan pemimpin komuniti kampung juga penting dalam menyelesaikan masalah di peringkat kampung.

Tegas ADUN Semop itu, pemimpin komuniti kampung juga harus menolak anasir-anasir luar yang mengganggu dan mengkritik pemimpin dalam menjalankan tugas.

Berucap semasa Majlis Perasmian Program Kepolisan Komuniti Peringkat Daerah Daro (Siri 3) di Dewan Serbaguna Kampung Betanak, Daro semalam, Abdullah memberitahu pemimpin di peringkat kampung haruslah dipilih daripada kalangan individu yang berkaliber dan dihormati di peringkat masing masing.

Katanya, komuniti kampung juga harus tahu tanggungjawab dan bidang kuasa masing masing dalam menjalankan tugas di peringkat kampung.

Malah, peranan komuniti kampung juga sangat diperlukan apabila berlaku kes jenayah di kampung khususnya dalam membantu membanteras penyalahgunaan dadah.

Menjelas lanjut, Abdullah memberitahu Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Zohari telah meluluskan banyak projek berkaitan pembangunan asas di kawasan tersebut semasa lawatan beliau di Majlis Pecah Tanah Batang Paloh yang lepas.

Jelasnya, komuniti nelayan yang merupakan komuniti terbesar di Pulau Bruit dan pelbagai inisiatif telah dilakukan bagi membantu komuniti ini.

Beliau menambah, Penempatan Semula Nelayan di RGC Semop merupakan projek kerajaan bagi memastikan komuniti nelayan tidak ketinggalan.

Pemimpin komuniti kampung penyampai dasar kerajaan ke peringkat akar umbiDARO: Pemimpin di peringkat kampung memainkan…

Posted by Unit Komunikasi Awam Sarawak-UKAS on Thursday, September 17, 2020