SIBU: Menteri Utiliti Sarawak Dato Sri Dr Stephen Rundi anak Utom melahirkan kesyukuran kepada Kerajaan Sarawak di atas bantuan yang diberikan kepada gereja di Sarawak.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Sarawak yang dipimpin Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg di atas bantuan yang diberikan kepada gereja di negeri ini selama ini,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap dalam Majlis Penyerahan Cek UNIFOR Gereja Ng Assan, Sibu pada Khamis.

Pada majlis itu, Datuk Stephen Rundi telah menyerahkan cek Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) bernilai RM500,000 untuk pembinaan gereja kepada Tuai Rumah Edward Chendang.

Turut disampaikan sumbangan berjumlah RM30,000 kepada tuai rumah Edward Chendang bagi membantu mereka menjalankan program-program gereja.

Hadir sama Setiausaha Tetap Kementerian Utiliti Sarawak Dato’ Alice Jawan dan Pengurus Besar Lembaga Air Sibu, Itin Langit.

Stephen Rundi Serah Cek UNIFOR Bernilai RM500,000 Untuk Pembinaan Gereja Ng Assan, SibuSIBU: Menteri Utiliti Sarawak…

Posted by Unit Komunikasi Awam Sarawak-UKAS on Thursday, September 17, 2020