SEBUYAU: Kerajaan Sarawak menyediakan pelbagai inisiatif dan program dalam membantu petani di negeri ini untuk meningkat dan memperkembangkan sektor pertanian mereka.

Menteri Muda Insftrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak merangkap ADUN Sebuyau, Datuk Julaihi Narawi berharap, Agriculture Community Outreach Programe (AgriCOP) akan menjadi usaha dalam menambah pendapatan kepada para petani.

Malah katanya, kerajaan Sarawak juga memberi bantuan kepada para nelayan yang tidak dapat turun ke laut pada musim tengkujuh.

Beliau berkata demikian semasa berucap dalam Majlis Penutupan “Agriculture Outreach Programme” DUN Sebuyau di Dewan Masyarakat Kampung Sampat, Sebangan, Khamis.

Program anjuran Jabatan Pertanian Daerah Simunjan bersama Pertubuhan Perladang Simunjan itu telah disertai oleh 87 orang peserta.

Dalam majlis sama, Datuk Julaihi turut menyampaikan Program Bantuan Input Peralatan Perikanan Nelayan(BIPPN) 2020 Kerajaan Negeri Sarawak bagi tahun 2020 berjumlah RM808,000 untuk 404 para nelayan kawasan DUN Sebuyau yang diwakili Abdul Rahim Johari yang mewakili Pengerusi Persatuan Nelayan Kawasan Sebuyau.

Turut disampaikan simbolik penyampaian input pertanian kepada 13 peserta yang berupakan barangan pertanian seperti racun dan perkakas untuk pertanian.

Kerajaan Sarawak Sedia Pelbagai Inisiatif & Program Bantu PetaniSEBUYAU: Kerajaan Sarawak menyediakan pelbagai…

Posted by Unit Komunikasi Awam Sarawak-UKAS on Thursday, September 17, 2020