KABONG: Dua nelayan selamat manakala seorang lagi meninggal dunia sebaik kesemuanya dijumpai pagi ini.

Bot nelayan yang berasal dari Beladin dilaporkan karam akibat ribut kencang dan laut bergelora pada Rabu (malam).

Seorang daripada mangsa ditemui terdampar di kawasan pantai Alit dan diselamatkan oleh penduduk rumah panjang kawasan Bubus Alit manakala seorang lagi ditemui di tepi pantai kampung Gerigat.

Mayat seorang mangsa juga ditemui terdampar di kawasan Kampung Gerigat.

ADUN Kabong Mohd. Chee Kadir turut berada di Kampung Gerigat pagi ini bersama penduduk kampung dan bertemu dengan salah seorang nelayan yang terselamat dalam tragedi bot karam berkenaan.

Hadir sama ialah Ketua Kampung Gerigat, Abang Sharif Bin Abang Fadil.

Mangsa yang terselamat kini dibawa ke Klinik Kesihatan Nyabor dan Klinik Kesihatan Kabong.