MERADONG: Jabatan Pertanian Daerah Meradong hari ini telah mengadakan Agriculture Community Outreach Programme (AgriCop) Siri 2 Tahun 2020 khususnya untuk kawasan Meradong yang dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong Datuk Ding Kuong Hiing.

Berucap semasa perasmian program tersebut Datuk Ding berkata petani warga Cina dan Iban merupakan peserta yang terpilih kerana berpeluang menambah ilmu pengetahuan khususnya dalam bidang pertanian.

Jelas beliau sektor pertanian tidak lagi dikategorikan sebagai pekerjaan kelas bawahan kerana sektor tersebut merupakan salah satu bidang perniagaan yang mendatangkan keuntungan lumayan kepada para petani.

ADUN Meradong itu turut berkata kerajaan negeri melalui Jabatan Pertanian telah menyediakan peruntukan yang besar bagi merapatkan lagi hubungan para petani antara Jabatan pertanian.

ADUN Meradong Rasmi Program AgriCop Siri 2 Tahun 2020MERADONG: Jabatan Pertanian Daerah Meradong hari ini telah…

Posted by Unit Komunikasi Awam Sarawak-UKAS on Thursday, September 17, 2020