• Obligasi kewangan Persekutuan di bawah Senarai Bersama diangkat dan dibincangkan di dalam Majlis Kewangan Negara

• Semakan semula Pemberian Khas Kewangan kepada Negeri

• Royalti Minyak dan Pembayaran Tunai Petroleum dan perkara berkaitan minyak dan gas dibincang bersama antara YAB Perdana Menteri dan Ketua Menteri

• Kuasa Pembekalan gas diberi kepada Negeri Sarawak

• Pemantapan kolaborasi antara Kerja raya Persekutuan dan Negeri

• Memberi kuasa kepada negeri untuk membuat peraturan-peraturan tenaga buruh di bawah Ordinan Buruh

• Penubuhan jawatankuasa khas Kesihatan untuk membincangkan perkara berkaitan dengan isu kesihatan di Sarawak.

• Perwakilan kuasa pelancongan kepada Negeri dilaksanakan secara  kes demi kes.

• Pemberian kuasa penuh secara berfasa di bawah subjek alam sekitar dibuat kepada Kerajaan Negeri berdasarkan peruntukan di bawah 95C tanpa memerlukan sebarang pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan.

(Berdasarkan Ucapan pada Majlis Hari Malaysia di Sibu, semalam).