SADONG JAYA: Masyarakat di kawasan Sadong Jaya perlu mengekalkan keikhlasan, ilmu, tanggungjawab dan amalan untuk diserapkan dalam penubuhan komuniti kepolisan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sadong Jaya, Aidel Lariwoo berkata, ia penting bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan komuniti dapat dipelihara dan dilindungi.
Jelasnya, ketua masyarakat dan ketua kaum perlu memainkan peranan penting dalam perkara tersebut.
Beliau berkata demikian semasa Bengkel ‘Community Policing’ Peringkat Daerah Kecil Sadong Jaya di Dewan SMK Sadong Hilir, semalam.
Tambahnya, Program Kepolisan Komuniti Peringkat Daerah Kecil Sadong Jaya / Asajaya ini merupakan satu panduan keselamatan dan kesedaran kepada seluruh masyarakat cara-cara bagaimana mencegah jenayah dan juga pelbagai gejala penyakit.
Program tersebut telah dihadiri oleh kira-kira 350 penduduk kampung dari DUN Sadong Jaya.