KOTA KINABALU:  ‘’Jangan main Sabah untuk  Sabahan… Sarawak untuk Sarawakian,” kata Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

“Saya ingin ingatkan apabila berlaku peristiwa di Lahad Datu…siapa menteri pertahanan…siapakah yang mempertahankan bumi Sabah…polis dan tentera yang meninggal di Lahad Datu mereka memperjuangkan bumi Sabah bukan kerana mereka rakyat Sabah, rakyat Sabah yang jadi  tentera akan menjaga sempadan di Kedah, Kelantan, di Perak kerana mereka anggap bumi Semenanjung adalah bumi kita,” tegasnya.

‘’Jangan pecahkan orang Semenanjung dengan orang Sabah…Jangan pecahkan orang Semenanjung dengan orang Sarawak. Kita ialah rakyat Malaysia di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung,” katanya lagi di sini pada Selasa.

Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO seterusnya mengimbau bagaima insiden pencerobohan di Lahad Datu pada satu ketika dahulu yang turut mengorbankan anggota keselamatan.

‘’Begitu juga tentera yang datang dari Semenanjung atau datang daripada Sarawak mereka tidak kira bahawa mereka berasal daripada Sarawak atau Semenanjung. Bumi Sabah adalah bumi kita bersama. Jangan main sentiment Sabah For Sabahan, Sarawak For Sarawakian…,’’ katanya.

Pengerusi BN itu mengingatkan agar mana-mana pihak tidak memainkan isu parti Malaya dan parti Sabahan kerana jelas Parti Warisan yang dicanangkan sebagai parti tempatan juga bekerjasama dengan parti daripada Semenanjung.

Menurut beliau jika parti Warisan mengatakan bahawa mereka adalah parti Sabah, bagaimana pula parti Dap, Amanah dan juga PKR yang bertanding atas lambang parti Warisan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah 26 September ini.

“Mana ada ada parti Malaya dan mana ada parti Sabah. Kita adalah rakyat Malaysia. Kalau Warisan parti Sabah..bagaimana pula dengan  kuncu-kuncunya yang  bertanding atas lambang Warisan..Adakah Dap parti Sabah…PKR parti mana…Amanah parti mana…bagaimana itu…adakah kita mahu undi Warisan…’no way’ jangan undi Warisan.

“Mereka mengatakan UMNO parti Malaya…BN parti Malaya…dulu beliau  (Datuk Seri Shafie)  masuk parti apa, saya Naib Presiden nombor satu dan beliau Naib Presiden nombor dua…dalam keadaan itu seperti pepatah melayu kata habis madu sepah dibuang… seperti  kacang lupakan kulit dan sewaktu itu jawatan yang paling tinggi dipegang oleh beliau adalah Menteri luar bandar.

‘’Sepatutnya sebagai salah sebuah kementerian yang mendapat peruntukan yang paling banyak beliau mesti menggunakan peluang itu untuk membawa peruntukan bagi pembangunan luar bandar di Sabah…di manakah peruntukan itu dia bawa.

“Kita percaya rakyat Sabah rakyat yang bijaksana…kuasa rakyat kuasa keramat dan apabila ianya diserahkan kembali kepada rakyat pada PRN ini, marilah memilih dengan bijaksana dengan mengundi BN insya Allah nasib rakyat  dibela dengan kerajaan baru nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Pengundi di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Pasir Puteh bersama calon BN, Ir Shahelmey Yahya, di sini, malam tadi seperti dipetik portal Umno.