KUCHING: Kerja-kerja membaik pulih Jambatan Sg. Tabuan telah dimulakan pada 1 September 2020 dan akan selesai pada 30 September depan.

Sehubungan itu, Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Kuching dalam satu kenyataan hari ini memohon para pengguna jalan raya agar sentiasa berhati-hati semasa memandu di lokasi berkenaan sepanjang tempoh penyelenggaraan.

Segala pengurusan trafik untuk keselamatan pula harus dipatuhi terutamanya apabila satu lorong jalan ditutup sepenuhnya.

Dalam pada itu, pengguna digalakkan untuk mengguna laluan-laluan alternatif yang sedia ada sehingga tamatnya kerja-kerja membaik pulih.

Peta tapak yang berkaitan turut disertakan untuk rujukan para pengguna jalan raya.