Jumlah kes jangkitan Covid-19 di seluruh dunia sehingga pagi ini telah mencecah 29.71 juta.

Manakala jumlah kematian menurut Worldometers ialah 938,406 kes sejak virus maut itu menular di Wuhan, China pada akhir tahun lalu.

Amerika Syarikat terus berada di tangga teratas dari segi kes jangkitan dan kematian, masing-masingh 6.7 juta dan 200,178 kes.

Berada di tangga kedua dari segi jumlah kes jangkitan ialah India dengan 5.1 juta dan lebih 82,000 kematian.

Negara 1.3 bilion itu disusuli dengan Brazil dengan 4.3 juta kes jangkitan dan lebih 133,000 kematian.

Rusia berada di tangga keempat dengan 1.7 juta kes jangkitan dan lebih 18,000 kematian.

Di tangga kelima ialah Peru dengan lebih 739,000 kes jangkitan dan lebih 30,000 kematian.

Colombia merekodkan lebih 728,000 kes dengan lebih 23,000 kematian.

Negara yang mencatatkan lebih daripada 600,000 kes jangkitan ialah Mexico, Afrika Selatan dan Sepanyol.